MENGAPAKAH SYIAH DIANGGAP BAHAYA PADA AKIDAH DAN KEHARMONIAN NEGARA?


Evolusi pendekatan Syiah di seluruh dunia Islam ini mendapat perhatian beberapa pengkaji  yang menyatakan bahawa amalan taqiyyah (berpura-pura) yang diamalkan oleh penganut ajaran Syiah ketika diancam telah difatwakan oleh Ayatollah Khomeini (Imam Besar Syiah) sebagai satu jihad dalam masyarakat majoriti Syiah.   

Kejatuhan Saddam Hussin merupakan titik bermulanya kemaraan golongan Syiah menjadi semakin ekstrem dan semakin ganas terhadap golongan Sunni dalam menegakkan pengaruhnya. Malah seringkali juga serangan dan pembunuhan dilakukan terhadap golongan Sunni yang turut melibatkan orang awam di Iraq. Keadaan ini telah memaksa rakyat Iraq yang beraliran Sunni menukar nama mereka sesuai dengan penganut Syiah untuk mengelak dari menjadi mangsa serangan penganut Syiah. 

Tiga dekad selepas Revolusi Iran, hubungan Malaysia dengan Iran pada awal tahun 2014 agak tegang, lantaran tindakan kerajaan mengumumkan kempen anti-Syiah dan memfatwakan ajaran Syiah sebagai sesat dan terkeluar dari agama Islam. Meskipun sebelum ini hubungan perdagangan dan pertukaran tenaga pakar antara dua negara ini berjalan dengan baik, di mana menurut anggaran konservatif, di Kuala Lumpur sahaja terdapat kira-kira 100,000 warganegara Iran, terdiri daripada pensyarah universiti, pelajar serta golongan pelabur atau usahawan yang mana mempunyai hubungan dengan golongan politik.

Kebanyakan golongan Syiah di Malaysia memilih untuk bersikap berbaik dengan kelompok Sunni, disamping pendekatan taqiyyah dalam urusan harian untuk mengelak dari dikesan. Pada sudut lain, golongan Syiah di Malaysia turut mengkritik dengan sikap liberal dan ‘double standard’ kerajaan berhubung persoalan agama Islam dengan menyelar kerajaan Malaysia sebagai sunni ‘ortodoks’ sedangkan mengamalkan ‘gaya hidup Barat yang korup’. Apa pendapat anda?

Sumber: Jurnal Pengajian Islam, 2017, Bil. 10, Isu II

 

Comments