PEMIKIRAN KARUT GOLONGAN LIBERAL INGIN MEMODENKAN ISLAM DENGAN LOGIK AKAL TANDA KEJAHILAN YANG NYATA
Golongan berfahaman liberal dan anti-Islam ini berusaha mengubah wajah Islam dan sejarahnya sehingga mewujudkan ketidakstabilan sosiopolitik dalam negara kononnya atas alasan mahu memodenkan Islam. Umat Islam yang berpegang kuat kepada syariat Islam dibenci. Umat Islam yang bersedia untuk mengikut acuan kebebasan berdasarkan nilai positivisme Barat yang tidak berasaskan petunjuk Ilahi disanjung.
Mereka membawa misi Barat untuk merosakkan pemikiran umat Islam supaya timbul keraguan dan syak terhadap ajaran agama Islam itu sendiri. Antara usaha menghancurkan Islam ialah mengasak pemikiran liberal dalam dunia Islam sehingga melahirkan pemikiran Islam liberal seperti yang dianuti oleh kumpulan G25, Sister in Islam dan yang sealiran dengannya.
Sebagai contoh, antara dakwaan jahat yang pernah dilakukan oleh seorang peguam ‘Lawyers For Liberty’ bernama Eric Paulsen menabur fitnah jahat terhadap JAKIM melalui platform twitter kononnya JAKIM mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat. Oleh sebab itu, golongan liberal ini menggesa JAKIM dimansuhkan dengan alasan mencampuri urusan peribadi rakyat negara ini.
Pemikiran logikal dan kritikal menjadi asas pemikiran mereka. Kemudian, agama ditafsir mengikut kehendak atau kesesuaian agenda mereka dalam acuan liberalisme Barat yang menyeleweng sama ada dari segi akidah atau hukum syarak. Jadi, mengapa masih lagi wujudnya istilah ‘Islam Liberal’ sedangkan tiada satu perkara yang dibawa dalam pemikiran tersebut selari dengan ajaran Islam yang sebenar? Renung-renungkan!!!
Sumber: Berita Harian – 17 Disember 2015
Comments
Post a Comment