PENULARAN SYIAH MEMBAHAYAKAN AKIDAH UMAT ISLAM

 

Hari ini Syiah menguasai Iran, Iraq, Syria dan betapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Labenon. Kehadiran mereka turut dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Syiah mula bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, kumpulan Syiah secara terang-terangan menubuhkan pusat-pusat aktiviti dan pengajian yang dikenali sebagai ‘hauzah’.

Kehadiran Syiah lebih dirasai apabila tibanya 10 Muharam setiap tahun di mana mereka akan menyiarkan rencana berkenaan Karbala dan mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka. Golongan Syiah juga aktif berdebat atau mempromosikan ideologi di laman media sosial dan menyebarkan buku-buku propaganda dengan meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam.

Terdapat ramai umat Islam telah terjebak dengan kumpulan Syiah yang sesat ini melalui perkahwinan dan pendidikan. Antara faktornya mereka bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yang menyebarkan doktrin ini melalui karya sastera serta bergiat aktif dalam parti politik. Justeru itu, berhati-hatilah kerana kesesatan Syiah ini jelas dan ia bukannya sebahagian daripada mazhab yang diiktiraf oleh agama Islam seperti Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi. 

Sumber: Risalah Pemurnian Akidah


Comments