Liberalisme lahir sebagai tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun. Akibat daripada perang keagamaan, sistem monarki terhapus, idea hak sama rata mula dicanang-canangkan. Agama disalah nilaikan sehingga menganggap agama penghalang kemajuan, anti sains, mendokong sistem teokrasi, menindas kaum wanita dan tidak berpihak kepada kaum yang lemah.
Agama dilihat sebagai penyebab kepada permusuhan antara masyarakat. Masyarakat beragama menjadi masyarakat yang tidak toleran, peperangan antara agama berlaku, masing-masing mendakwa agama yang dianuti benar dan akhirnya sedikit demi sedikit agama dipisahkan dari segala aspek kehidupan. Peranan agama dalam kehidupan hanya terhad kepada ritual dan kerohanian sahaja.
Masyarakat mula beralih daripada mempercayai agama dalam menentukan baik buruk, benar salah, kepada humanisme sekular. Ini bermaksud mereka berkeyakinan bahawa akal rasional manusia mampu sepenuhnya menjawab semua persoalan, bahkan agama sekalipun mesti merujuk sepenuhnya dan tunduk kepada akal manusia. Inilah yang berlaku di dalam masyarakat Islam kini yang menormalisasikan ideologi liberal dalam kehidupan sehingga syariat diketepikan demi kepentingan diri di dunia. Berhati-hatilah.
Sumber: Jurnal Afkar, Vol.20 (2) – Universiti Teknologi Malaysia
Comments
Post a Comment