EVOLUSI SEJARAH MEMAJUKAN MASYARAKAT DAN NEGARA, NAMUN JANGANLAH DIIRINGI DENGAN EVOLUSI AGAMA KELAK JATUH SESAT
Sememangnya Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama. Sementara rakyat mengamalkan agama-agama yang berlainan seperti agama Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain kepercayaan, dan orang Melayu hanya menganut satu agama iaitu Islam. Adalah asing bagi pemikiran orang Melayu bahawa seorang berbangsa Melayu itu bukan beragama Islam. Sebagaimana definisi ‘Melayu’ menurut undang-undang dan Perlembagaan, seorang ‘Melayu’ mestilah beragama Islam.
Bertitik tolak dari evolusi sejarah masyarakat di negara ini yang bermula dengan kerajaan Melayu, kemudian dijajah oleh kuasa-kuasa asing, selain aspek perkembangan pola kehidupan dan kependudukan masyarakat, maka tidak hairanlah jika masalah pertukaran agama berlaku di negeri-negeri di Malaysia. Sejarah telah mencatatkan peoses Kristianisasi berlaku semenjak penjajahan Portugis 1511M lagi. namun sistem perundangan Islam yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu sebelum datangnya penjajah British menjadi benteng kukuh terpeliharanya agama Islam dan akidah umat Islam pada ketika itu.
Namun, setelah kedatangan British, Kanun Keseksaan telah diperkenalkan mengikut undang-undang di India dan England, maka undang-undang Islam tidak lagi diikuti dan diamalkan sepenuhnya dan selayaknya. Harini kesan tersebut mula dirasai. Generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam berpaksikan materialistik, budaya Barat menular ke dalam tampuk pemerintahan. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah. Renung-renungkan.
Sumber: University Technology Malaysia Institutional Repository
Comments
Post a Comment