GOLONGAN LIBERAL MENYERU UMAT ISLAM MEMBEBASKAN DIRI DARI SYARIAT ISLAM KONONNYA MENJADI PUNCA KEMUNDURAN

 

Sedikit demi sedikit, fahaman liberal berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang menuntut kesamarataan jantina, perkahwinan sesama jantina, menolak pendapat ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwinan, menghalalkan perkahwinan orang Islam dengan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati. Hal ini termasuk golongan LGBT yang secara terang-terang menukar jantina mereka kononnya atas prinsip kebebasan individu.

Golongan liberalisme juga secara terang-terangan melaungkan mengenai hak kebebasan individu, kebebasan mutlak, mencabar undang-undang syariah, selain mempertikaikan peraturan Islam, peruntukan dan kuasa mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama secara terbuka di media sosial. 

Perkara ini menunjukkan bahawa prinsip liberalisme turut berkembang dalam pemikiran umat Islam sehingga akhirnya pegangan tradisi tentang agama turut berubah. Walaupun perkembangan Islam liberal di Malaysia masih terkawal dan tidaklah sehebat di Indonesia melalui bentuk-bentuk pertubuhan dan organisasi, namun pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu bertindak tegas menghadapi ancaman fahaman liberal ini dari terus merebak dan mengeruhkan keharmonian.


Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre Malaysia, Metro Harian


Comments