MENGAPA MASIH LAGI ATEIS HENDAK PERTIKAIKAN KEWUJUDAN ALLAH SEDANGKAN DIRI MANUSIA SENDIRI PENUH DENGAN "KEBESARAN-NYA"?


Golongan ateis banyak memutarbelitkan fakta biarpun benar dan tetap menyangkal segala bukti kukuh (ayat-ayat al-Quran dan hadis) tentang kewujudan kekuasaan Allah SWT sebagai Tuhan yang mentadbir seluruh isi alam dan makhluknya. Contohnya lihat sahaja kejadian manusia, bagaimana mereka boleh mempercayai teori manusia berasal daripada monyet? Sedangkan jelas al-Quran dan hadis telah memperincikan kejadian penuh unik tersebut.

Kejadian manusia yang bermula dengan satu sel yang terlalu kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sel ini kemudiannya berkembang menjadi dua, empat, lapan, enam belas, tiga puluh dua dan seterusnya. Kemudian sel-sel ini berubah menjadi otot, tulang, otal, mulut, mata, telinga, jari dan sebagainya dan kemudian membentuk satu tubuh badan manusia yang sempurna.

Ajaibnya, bagaimana sel-sel itu boleh mengetahui cara untuk menjadi setiap satu daripada anggota tubuh badan manusia, malah berada pada kedudukan dan susunan yang tepat? Siapakah yang memberi arahan kepada sel-sel tersebut? Misalnya bagaimana hidung terbentuk lubangnya menghala ke bawah bukan di atas?  Adakah semua ini terjadi secara kebetulan dan tidak dirancang? Sudah tentu tidak.

Terbukti ada satu kuasa besar yang mencipta dan memberikan arahan supaya sel-sel ini membentuk tubuh badan manusia begitu cantik dan tersusun. Dialah Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Firman Allah SWT dalam Surah at-Tiin, ayat 4, maksudnya:
“Sesungguhnya Kami menciptakan insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik”.

Renung-renungkan.

Sumber: Hidayah Centre Foundation


 

Comments