SOLAT DAN PERUNDANGAN ISLAM PERISAI HINDARI ANCAMAN MURTAD

Sabda Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: 


“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang”. 


Solat adalah tiang agama yang menjadi perisai untuk membentengi diri seseorang Islam daripada gejala maksiat termasuklah gejala murtad yang makin berleluasa sekarang ini. 


Ulama Islam ada menyatakan perbezaan antara seorang Muslim dan seorang kafir dari segi amalannya adalah solat. Jadi apakah bezanya diantara Muslim yang ingkar untuk solat dengan orang kafir? Hal inilah yang perlu kita fikirkan sebelum berbicara cara-cara menangani gejala murtad.


Sekiranya Fiqh Perundangan Islam itu dikaji, terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Namun sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan dan bidangkuasanya seolah-olah terbatas dan mempunyai banyak kekangan untuk dilaksanakan di Mahkamah Syariah. Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan Mahkamah Syariah untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan Agama Islam itu sendiri. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab menyelamat umat Islam dan Agama Islam? tepuk dada tanya iman.


Sumber: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, Vol. 15

Comments