SYIAH MENGANGGAP AHLI SUNNAH SEBAGAI KAFIR KERANA TIDAK MENGIKUT RUKUN PARA IMAM DUA BELAS SYIAH

 

Syiah Imam dua belas yang dikenali juga dengan al-Ja’fariyah merupakan puak Syiah terbesar yang wujud hingga ke hari ini. Mazhab Syiah mempunyai akidah dan disiplin ilmu yang tersendiri dengan kitab-kitab rujukan dan para ulama yang dianggap muktabar. Penganut Syiah beriktikad bahawa imam-imam mereka lebih afdal daripada para nabi selain daripada Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kedudukan mereka tidak dapat dicapai oleh mana-mana malaikat.

Dengan pandangan sebegitulah Syiah menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bukan seorang mukmin. Bagi memantapkan kebencian dan rasa permusuhan penganut Syiah terhadap ASWJ, para imam Syiah mendoktrinkan penganutnya bahawa ASWJ yang tidak beriman dengan Imamah Syiah bukan sahaja dianggap sebagai kafir, tetapi juga akan menerima azab yang lebih berat daripada Yahudi dan Nasrani. Segala ibadat ASWJ juga tidak sah kerana tidak beriman dengan rukun-rukun Syiah.  

Kesimpulannya, Syiah adalah satu ajaran yang telah difatwakan sesat dan hanya akan tertegak dengan keruntuhan ASWJ. Penyatuan antara ASWJ dan Syiah tidak akan berlaku kerana Syiah tidak pernah ikhlas untuk bersatu dengan Sunni, sebaliknya berhasrat memadamkan terus kewujudan Ahli Sunnah di muka bumi. Oleh itu, masyarakat perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang benar bagi menghadapi pertempuran secara ilmiyah khususnya seperti yang dizahirkan oleh puak Syiah. Berhati-hatilah.

Sumber: Buku Ada Apa dengan Syiah? Mengenal Hakikat Syiah – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Comments