TESTAMENT: THE STORY OF MOSES - PERCUBAAN “BRAIN WASH” UMAT ISLAM UNTUK MENYOKONG ZI0NI$ SELEPAS FILEM MESSIAH
Selepas filem “Messiah” ditayangkan di satu ruang pengstriman video, Netflix kini muncul satu lagi filem yang mengisahkan tentang riwayat hidup Nabi Musa A.S yang bertajuk “Testament: The Story Of Moses” yang mula ditayangkan bermula 27 Mac lalu. Filem yang kononnya mengangkat kisah Nabi Musa A.S yang menyelamatkan kaum Bani Israil dari kekejaman Firaun Remesis dilakonkan oleh seorang aktor yang berasal dari golongan penjajah haram zi0ni$, Avi Azulay.
Nampaknya golongan penjajah haram ini berada dalam keadaan sangat terdesak untuk “memulihkan” semula imej zi0ni$ dengan melakukan propaganda menerusi filem yang mengangkat riwayat hidup Nabi Musa A.S. khusus buat umat Islam di seluruh dunia. Hal ini dilakukan semata – mata untuk memperlihatkan pada dunia bahawa kononnya sejak bertahun lamanya bangsa yang sentiasa dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat itu sering mendapat penindasan tanpa henti. Mereka juga kononnya ingin memberitahu pada masyarakat dunia bahawa mereka adalah golongan yang sebenarnya dipilih oleh Tuhan untuk menduduki P4l3st!n secara layak.
Memang benar sebelum Nabi Musa A.S diangkat menjadi Rasul, mereka adalah golongan yang dianiaya oleh kaum Qibti pimpinan Firaun Remesis. Akan tetapi pada hakikatnya, selepas Nabi Musa A.S menyelamatkan mereka dari terus dikejar Firaun melalui belahan Laut Merah, mereka ini menjadi kaum yang tidak bersyukur. Malah selepas diselamatkan, mereka meminta macam – macam dari Allah SWT melalui Nabi Musa A.S seperti makanan dan minuman. Maka Allah SWT menurunkan Manna dan Salwa serta memancarkan mata air yang segar untuk diminum. Itu pun mereka masih lagi tidak bersyukur dan merungut.
Segala nikmat yang telah Allah SWT berikan disertakan dengan satu perjanjian (testament) bahawa kaum ini wajib beriman kepada Allah SWT namun mereka mengingkarinya. Mereka juga selalu melakukan kerosakan di setiap tempat yang mereka singgah. Maka tidak hairanlah mengapa kaum ini digelar “bangsa yang sentiasa diusir dunia”.
Hatta, apabila Nabi Musa A.S mengajak mereka berpindah ke satu kawasan atas perintah Allah SWT yang dikenali sebagai Ard – Al Muqaddasa (tanah suci yang kini adalah P4l3st!n), mereka menolak. Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al – Maidah, ayat 22:
Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
Mereka berlagak seolah – olah mereka lah tuan empunya hak untuk tanah P4l3st!n. Sedangkan semasa Allah SWT memerintahkan mereka ke tanah suci tersebut mereka dengan angkuhnya menolak. Permainan “play victim” yang berjaya mempengaruhi para pemimpin dunia untuk melakukan “genocide” ke atas rakyat Gaza sehingga hari ini. Kini, mereka cuba untuk memainkan propaganda menerusi filem konon dengan harapan dapat mempengaruhi masyarakat dunia terutamanya umat Islam.
Sebagai umat Islam, tapislah dari segala segi tentang apa yang ditayangkan dan buatlah sedikit kajian melalui buku atau tafsir al – Quran agar kita tidak mudah untuk diperbodohkan oleh golongan kafir harbi yang cuba merosakkan iman dan aqidah kita.
Sumber: The Patriots
Comments
Post a Comment