Islamofosis adalah ideologi dalam budaya keagamaan Islam yang disifatkan sebagai menindas. Sebagai contoh, Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) boleh dikategorikan sebagai golongan Islamofosis. Mereka menggunakan apa yang mereka anggap sebagai ajaran Islam yang sebenar untuk berjuang dan merealisasikan pembentukan negara Islam yang pada mereka ialah cita-cita Islam yang unggul. Namun, terdapat pelbagai tahap dalam fasisme dan ISIS merupakan golongan tahap tertinggi iaitu ‘Jihadis’.
Berlainan pula di Malaysia, Islamisasi yang dialami di Malaysia dalam dua ke tiga dekad yang lepas adalah bertumpu kepada kerohanian dan akhlak. Walaupun suatu ketika dahulu bayang-bayang Islamofosis pernah ada dan berkemungkinan masih tinggal sisa-sisa, namun ianya masih dalam keadaan terkawal. Oleh itu, dakwaan seorang professor pro-zionis ketika menjadi panel jemputan sebuah program di Universiti Malaya baru-baru ini yang melabelkan Malaysia sebagai Islamofosis dan mendakwa pemimpin politik Malaysia menganjurkan ‘holocaust’ atau pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Yahudi disifatkan sebagai tuduhan melampau.
Tindakan individu pro-zionis itu dianggap sebagai cubaan provokasi masyarakat di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Sentimen kebencian yang cuba didoktrinkan pada masyarakat berbilang kaum di Malaysia mahupun negara-negara lain terhadap Malaysia boleh menjadi titik tolak ke arah berlakunya ancaman keselamatan sekiranya tidak ada tindakan susulan berasaskan dakwaan individu tersebut. Justeru itu, tanamkan dalam hati, akidah yang kukuh berasaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan jangan mudah ditanamkan dengan ideologi jelasnya dari Barat yang cuba didoktrinkan dengan tujuan untuk mencetuskan provokosi antara masyarakat berbilang kaum dan menganggu ketenteraman awam.
Sumber: Usrah Counter Culture Blogspot – Universiti Kerinchi dan Malaysia Gazette
Comments
Post a Comment