BOIKOT BUKTI SOLIDARITI UMAT ISLAM YANG DIGERUNI MUSUH ISLAM NAMUN DIPERLEKEH GOLONGAN ISLAM LIBERAL YANG BERSIKAP NATURAL
Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) adalah gerakan yang diwujudkan oleh pimpinan Palestin yang bertujuan untuk memboikot segala perkara yang berkaitan dengan Israel dan negara-negara lain yang menyokong Zionis tersebut, melupuskan serta membuat sekatan ekonomi dengan tujuan untuk menekan pihak-pihak terlibat memenuhi apa yang disifatkan oleh gerakan BDS sebagai kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa.
Fenomena ini telah sampai ke Malaysia sehinggakan berlakunya penurunan mendadak peratusan keuntungan produk-produk buatan Israel mahupun negara-negara yang menyokongnya. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir golongan Islam yang memperlekehkan tindakan BDS ini dan kononnya hanya ingin bersikap natural. Sememangnya dunia Islam menghadapi cabaran pemikiran yang hebat datangnya daripada peradaban Barat, dengan kemunculan para cendiakawan yang berfikiran sekular dan liberal dalam kalangan umat Islam. Kesannya, lahirlah umat Islam yang pemikirannya telah didoktrinkan untuk memisahkan agama dengan aspek-aspek kehidupan yang lain kerana menganggap agama adalah punca kemunduran.
Seharusnya pada ketika inilah umat Islam sama-sama menyokong tindakan BDS khususnya di Malaysia kerana tindakan sekecil-kecil inilah sekurang-kurangnya dapat membantu menjatuhkan dan menyekat ekonomi Israel dan negara-negara yang menyokongnya yang akhirnya mereka tidak mempunyai dana untuk membiayai peperangan atau keperluan mereka dalam memerangai saudara seislam kita di Palestin.
Sebenarnya asas kepada perbuatan boikot inilah yang membina solidariti kekuatan umat Islam yang digeruni oleh musuh Islam. Musuh Islam sudah sedia maklum dari zaman dahulu kala lagi teori di mana sekiranya umat Islam bersatu, maka mereka akan menjadi kaum terkuat dan tidak akan ada mana-mana kaum yang mampu menandingininya. Oleh sebab itu, musuh-musuh Islam cuba memecahkan kekuatan itu dengan menyebarkan ideologi mereka supaya terpisahnya umat Islam sama ada kerana berbeza ideologi yang dipegang, berpecah kerana pegangan politik berbeza dan sebagainya. Renung-renungkan.
Sumber: Buku BDS: Boycott, Divestment, Sanctions: The Global Struggle for Palestinian Rights dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –MEI 2024
Comments
Post a Comment