Golongan Syiah dinamakan sebagai Imamiyah Ithna Asyarah (imam dua belas) kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang imam dengan ciri-ciri tertentu. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan akidah-akidah yang melampau.
Namun begitu, individu-individu yang dikatakan imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajarannya dipegang oleh Syiah. Mereka diangkat sebagai imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan, walhal Nabi Isa a.s sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak Tuhan.
Justeru itu, sekiranya ajaran Syiah menular dan tidak ada pembendungan yang dilakukan, maka implikasinya terhadap agama Islam antaranya asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan as-Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminisasi. Implikasi kepada ummah pula akan berlakunya perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri. Begitu juga bakal memberi implikasi yang negatif pada keluarga sekiranya ajaran Syiah tidak dibendung, keruntuhan rumah tangga, perbalahan antara anggota keluarga sudah tentu akan terjadi. Renung-renungkan.
Sumber: Risalah Pemurnian Aqidah – Isu 2
Comments
Post a Comment