ISU RESIT MENGHINA ISLAM!!! HAYATI SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA AGAR TIDAK SEWENANGNYA MENCETUSKAN PROVOKASI ANTARA KAUM
Penghinaan terhadap agama Islam bukanlah perkara yang baru. Al-Quran merekodkan bahawa mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah diperlecehkan dan dipersendakan oleh para musyrikin Mekah di mana Nabi SAW telah dituduh sebagai pendusta, penyair, tukang sihir, tidak siuman dan sebagainya. Manakala dalam perkembangan semasa, penghinaan terhadap agama Islam itu lebih kompleks apabila ianya dilakukan melalui alam maya dan berbentuk digital yang mana ianya ibarat lebih tajam dari pedang.
Sebagaimana kes terbaru melibatkan penghinaan agama Islam apabila di resit makanan juga diselitkan kata-kata menghina agama Islam. Tindakan ini adalah sangat melampau dan bermotifkan provokasi terhadap umat Islam dengan apa cara sekalipun walaupun melalui tinta.
Seharusnya pada usia 67 tahun kemerdekaan negara tidak lagi berlaku perkara-perkara sebegini yang boleh menganggu dan mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum. Walaupun Islam adalah agama rasmi negara, namun agama lain tetap boleh diamalkan secara aman tanpa ada hasutan dari mana-mana pihak. Justeru itu, hayatilah sejarah kemerdekaan, hargailah kerja keras nenek moyang mahupun para pejuang negara dalam mempertahankan kedamaian dalam negara meskipun berbilang bangsa. Sedarlah bahawa keunikan kepelbagaian kaum inilah sebenarnya kekuatan yang ada pada Malaysia dalam membentuk perpaduan dan aspirasi pada generasi muda.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia _ MEI 2024
Comments
Post a Comment