KONTROVERSI TEKS KHUTBAH JUMAAT- BOIKOT BUKAN MENGIKUT PERASAAN, TETAPI MELALUI PENGHAYATAN

 

Minggu lepas, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) bertarikh 24 Mei 2024 berkenaan langkah memboikot kepada premis perniagaan dan jenama tertentu adalah bersifat reaktif, berasaskan emosi dan tidak menyelesaikan masalah sebenar. Hal ini memicu kemarahan rakyat Malaysia yang rata – ratanya menyokong tentang kempen memboikot ini demi kebebasan dan kemerdekaan saudara – saudara kita di P4l3st!n dan G@z@. 

Perlu ditegaskan di sini, perbuatan boikot yang dilakukan oleh masyarakat negara ini adalah hak individu. Seperti mana kemahuan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa perbuatan menyokong dalam aktiviti membeli kepada premis perniagaan dan jenama tertentu juga adalah hak individu. Jadi, mengapa perlu ada seruan seperti di atas? Bukankah ia memecahbelahkan lagi pakatan ummah?!

Di dalam teks khutbah juga turut dinyatakan, perbuatan boikot yang kononnya bermotifkan emosi akan menyebabkan perniagaan yang disasarkan, bukan sahaja mengalami penurunan jualan dan keuntungan, malah berhadapan risiko rugi. Akibatnya gaji pekerja terpaksa dikurangkan, lebih malang apabila urus niaga terpaksa ditutup, pekerja hilang pekerjaan. 

Satu perkara yang perlu semua pihak tahu, di Malaysia ini sudah tertubuhnya pelbagai jenama tempatan yang setanding dengan jenama yang dimaksudkan itu dan usaha boikot untuk perniagaan tertentu ini tidak akan merugikan hasil negara kerana masih terdapat banyak lagi produk tempatan yang menjadi pembayar cukai dan zakat terbesar di negara ini. Tambahan pula, ada banyak lagi jenama antarabangsa lain yang tidak bersekongkol dengan pihak z!0n!$ menjadi penyumbang kepada pendapatan besar Malaysia. Isu pekerja hilang pekerjaan? Di Malaysia masih ada lagi pelbagai pekerjaan yang boleh dilakukan dan di portal – portal carian pekerjaan masih penuh dengan jawatan – jawatan kosong yang masih belum lagi terisi. 

Jadi, tujuan apa khutbah ini ditulis?  Jangan sesekali memecahbelahkan perpaduan ummah hanya untuk menyelamatkan “perut – perut” tertentu yang sudah nyata kekenyangan. Artikel tidak berniat mahu menyalahkan pihak MAIPk secara keseluruhan, tetapi caknalah dengan keadaan saudara seagama kita di P4l3st!n dan G@z@ yang masih bertanya – tanya tentang nasib mereka di kemudian hari, apakah masih hidup atau syahid. 

Apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia khususnya umat Islam pada hari ini bukanlah mengikut perasaan ataupun emosi, tetapi dek kerana rasa empati dalam diri yang amat dalam dengan penderitaan rakyat G@z@. Kita di sini masih lagi boleh hidup dan bergerak bebas mencari pekerjaan, membangunkan perniagaan dengan tujuan untuk menghidupkan ekonomi negara. Tetapi mereka? Hanya berserah hidup kepada Allah SWT sepenuhnya demi untuk kelangsungan hidup pada esok hari.

Jadi disini terpulang, jika mahu memboikot, teruskan memboikot. Jika mahu menyokong, silakan menyokong. Hak dan pendapat masing- masing. 

Memetik kata – kata almarhum Buya Hamka:

“Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu. dengan kain kafan.”

Sumber: Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)


Comments