PEMIKIRAN KOLOT GOLONGAN ATEIS MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN KERANA MODERNISME


Pemikiran ateisme memanfaatkan hadirnya moderniseme dengan sikap, pandangan hidup dan tindakan perlulah berasaskan rasional, jelas, bukan khayalan atau tanpa bukti. Kemuncaknya apabila golongan ateisme menuntut kebebasan untuk mengiktiraf mereka sebagai tidak memiliki agama. 

Sebagai makluman, golongan ateis ini bukan sahaja fokus di Barat, malah ideologi ateisme ini telah merebak sehingga di Malaysia. Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah digemparkan dengan kewujudan cawangan gerakan ateis di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai 'The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur'. Lebih menggemparkan, ahli gerakan yang terpedaya dengan ideologi ateisme terutamanya melalui penyebaran dakyah di laman web ‘Atheist Republic’ adalah golongan anak muda berbangsa Melayu-Islam. Meskipun kini pembubaran gerakan itu telah berlaku, namun jangan dipandang sepi kewujudan mereka 'disebalik tabir'. 

Kita sebagai umat Islam sedarlah bahawa wacana ketuhanan ateisme menjadi satu ancaman yang sangat bahaya kerana mengingat akan ketidakpercayaan terhadap kewujudan Tuhan dan penciptaan alam yang tidak ada keterkaitannya dengan Sang Pencipta Alam. Sehingga timbullah sikap naturalisme yang menyatakan bahawa alam itu berdiri sendiri dan tidak ada campur tangan Tuhan.

Oleh itu, kewujudan gerakan ateis ini tidak seharusnya dipandang remeh. Tindakan segera perlu diambil untuk membendung penularan fahaman ateis yang menolak kepercayaan Tuhan, bagi memastikan doktrin berkenaan tidak berleluasa di negara ini sehingga di luar kawalan. Jika dibiarkan, adalah tidak mustahil ia akan menjadi barah yang suatu masa nanti akan mendatangkan malapetaka yang besar terhadap pegangan akidah umat Islam di negara kita ini.

Sumber: Journal KALIMAH, Vol. 17(1)


 

Comments