Semenjak zaman penjajahan lagi sudah berlaku perebutan pengaruh agama di Tanah Melayu dan pada ketika itu golongan Kristian merupakan anak emas pemerintah kolonial. Selepas kemerdekaan, timbullah semangat baru umat Islam dan kini peratusan umat Islam yang lebih ramai dari Kristian telah memberi ancaman kepada mereka kerana khuatir ideologi yang ditanamkan selama ini semakin layu dek kebangkitan Islam.
Salah satu usaha golongan Kristian untuk menyampaikan dakyahnya pada umat Islam adalah apabila mereka beriya-iya memperjuangkan penggunaan kalimah Allah untuk digunapakai di dalam bible atau buku terbitan Kristian. Hal ini dipanggil sebagai kaedah dakwah orang Kristian terutamanya Evangelis secara halus melalui ‘contextualization’ iaitu menggunakan cara-cara yang dekat dengan adat budaya serta kebiasaan sesuatu kaum atau kelompok khas untuk menyampaikan ajaran Kristian.
Sebagai contoh orang Islam sangat dekat dengan kalimah Allah. Jadi boleh sahaja menurut kaedah ‘contextualization’, perkataan ini diolah supaya maksud ajaran Kristian itu sampai. Penggunaan kalimah Allah dalam bible itu dikatakan relevan kerana ia diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Sedangkan mereka ingin menjustifikasikan kalimah Allah itu kepada Tuhan Bapa. Mengikut terjemahan juga ‘Father God’ dalam Bahasa Melayu adalah Tuhan Bapa. Jadi, dari sudut manakah kerelevenan translasi perkataan am ‘Tuhan” menjadi perkataan khusus “Allah”?
Maka adalah tidak syak lagi permintaan menggunakan kalimah Allah dalam terbitan Kristian berbahasa Melayu adalah cara halus untuk mendakyahkan orang-orang Islam di Malaysia. Malah ia bukan lagi rahsia, ramai sarjana Kristian pun sudah secara terang-terangan mengaku akan menggunakan ‘qawaid dakwah’ mereka antaranya melalui konstekstualisasi.
Di Malaysia, telah diwartakan perkataan Allah adalah khusus untuk digunakan dalam konteks agama Islam sahaja iaitu konteks tauhid bahawa Allah bersifat Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Maka, adalah sangat bertentangan dan salah untuk mengungkapkan kalimah Allah sebagai entiti yang ada tiga elemen (trinity) sebagaimana permintaan golongan Kristian. Tidak nampak lagikah umat Islam dengan taktik Kristian ini?
Sumber: ismaweb dan Buku Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi & Sekularisasi (2009) – Prof. Dr. Hamka
Comments
Post a Comment