Ramai umat Islam masih terkeliru dengan status Syiah sama ada merupakan salah satu kelompok agama Islam atau tidak kerana mereka masih menyembah Allah SWT. Majoriti ulama telah berijmak mengatakan bahawa kumpulan Syiah ini sudah terkeluar daripada Islam kerana kebanyakan akidah, syariah dan amalan mereka telah terpesong dari ajaran Islam sebenar. Alasan menyembah Allah SWT sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan mereka digelar Islam.
Terdapat beberapa isu utama yang perlu difahami dan dikenal pasti oleh umat Islam agar tidak diracuni dan dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Syiah yang sememangnya menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Antaranya ialah:
i. Berlebih-lebihan dalam memuji Ali bin Abi Talib dan keluarganya serta seluruh Imam Syiah;
ii. Menyambut atau meraikan hari kematian Hasan dan Hussein (hari Karbala) pada bulan Muharam;
iii. Menyatakan bahawa Ali sepatutnya menjadi nabi bukannya Muhammad SAW;
iv. Menyatakan bahawa tempat suci bagi ibadat mereka adalah di Karbala, Iraq (Masjid Husain dan Masjid Kufah) bukannya di Tanah Haram (Mekah dan Madinah);
v. Menfitnah Aisyah melakukan zina;
vi. Membenarkan solat fardhu dijamakkan;
vii. Melakukan ibadah solat dengan bersujud di atas batu yang dikatakan dari tanah suci Karbala;
viii. Mempercayai bahawa menziarahi kubur Hussein adalah sama seperti mengerjakan haji.
Senarai tersebut dan banyak lagi merupakan antara akidah dan syariah yang diamalkan serta menjadi pegangan penganut Syiah. Ajaran yang dibawa dan dipegang mereka ini berlainan dan tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bahkan menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, jelas bahawa Syiah bukanlah sebahagian daripada Islam dan sesiapa yang beramal dengan ideologinya adalah dianggap sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam.
Sumber: Journal Islamic Creed
Comments
Post a Comment