RUU MUFTI WILAYAH MEMELIHARA NEGARA DAN MEMARTABATKAN AGAMA


RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar adalah sebuah undang – undang yang mewajibkan lantikan mufti wilayah – wilayah dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Ia bersumberkan aliran Al – Asyairah dan Al – Maturidiah dalam akidah mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain dalam fiqh dan konsep Imam Ghazali dan Imam Junaid dalam tasawuf. 

Pembentangan RUU ini selari dengan hasrat murni Institusi Diraja secara rasminya di Malaysia. Ini selaras hasrat yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang mahukan Islam didaulatkan dan MKI diperkasakan. 

Mengapa RUU ini mesti disokong oleh semua umat Islam? Ia seharusnya disokong kerana RUU tersebut memelihara kelestarian mazhab ASWJ Al – Asyairah dan Al – Maturidiah yang sudah bertapak di Malaysia sejak awal kedatangan Islam di tanah Melayu. Ditambah pula RUU tersebut sangat relevan kerana tiga hal seperti:

a) Semangat Persekutuan yang memartabatkan Majlis Raja – Raja sebagai institusi yang menaungi Agama Islam di negara ini. 

b) Sebagai sebuah aliran zaman – berzaman di Malaysia dan paling terbuka dan fleksibel dengan warisan, adat istiadat dan amalan majoriti umat Islam di negara ini baik dari kalangan rakyat marhain atau bangsawan yang menjadi identity dan keunikan umat Islam. Banyak amalan tradisi Raja – Raja Melayu seperti bacaan Yassin, tahlil dibenarkan kerana kesederhanaan aliran ini.

c) Sebagai sebuah aliran yang tidak terlibat langsung dengan usul ekstremisme dan mampu mengekang fahaman – fahaman radikal di negara ini.

Oleh itu, seruan untuk menyokong RUU ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam kerana ia sangat penting bagi memelihara semangat sebuah Persekutuan, memartabatkan institusi Raja – Raja, memelihara warisan dan adat istiadat negara serta mengekang elemen radikalisme dalam negara ini.

Sumber: TikTok realdakwahsunnah (https://www.tiktok.com/@realdakwahsunnah/video/7387248323398307089?_r=1&_t=8nxEuSeSEmQ)


 

Comments