Sama ada kita perasan atau tidak, tindakan boikot yang dijalankan oleh umat Islam ke atas produk – produk dan perkhidmatan yang menyokong tindakan zalim zi0n!$ semakin hari semakin berkurangan. Malah ada di antara kita dalam tidak sedar telah kembali membeli produk – produk berkenaan tanpa rasa bersalah.
Ya benar, ada di kalangan kita akan mengatakan ianya hak masing – masing untuk membeli. Lalu, bagaimana pula azam kita dalam mempertahankan hak saudara seagama kita di bumi Gaza dan P4l3$t!n? Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis mengenai keadaan Muslim di akhir zaman di mana Baginda menggambarkan umat Muslim seperti buih – buih di lautan tetapi tidak berperanan dalam membela ummah dan agama kita sendiri. Rasulullah SAW bersabda:
“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya: “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda SAW menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud).
Lihatlah pada hari ini, bagaimana umat Islam sebenarnya masih cintakan dunia dan takut akan penyakit ‘al – Wahn’. Di dunia ini umat Islam berjumlah 1.6 bilion dan merupakan antara yang teramai di dunia ini. Akan tetapi hanya satu peratus sahaja yang mempunyai kesedaran dengan keadaan saudara seagama kita yang setiap hari dibantai dengan rakus oleh musuh – musuh Islam. Apa jadi dengan yang lain? Masih lagi takut akan kerugian, kecaman, hilang kepopularitian dan hilang kemewahan.
Adakah itu yang bakal menjamin kita untuk masuk syurga atau bakal di tanya di penghadapan Allah SWT di akhirat kelak? Fikir – fikirkan. Kepada sesiapa yang cakna dengan isu saudara seagama kita di sana sejak dari hari pertama pembataian beramai – ramai, tahniah dan Syabas diucapkan kepada anda. Teruskan bersatu dalam mengukuhkan ukhuwah demi saudara seagama kita di bumi Gaza dan P4l3$t!n. Sabda Rasulullah SAW:
“Seorang muslim itu saudara kepada muslim yang lain, dia tidak akan menzalimi dan membiarkannya.” (HR Bukhari).
Sumber: TikTok Dr. Kamilin Jamilin
Comments
Post a Comment