AWAS DENGAN GOLONGAN MEMUTARBELITKAN PERUNTUKAN DEMI ‘MENGHALALKAN’ MURTAD


Perlembagaan Malaysia jelas memberi laluan untuk langkah-langkah menangani masalah murtad. Walaupun perlembagaan yang ada bukan perlembagaan Islam, namun ia membenarkan umat Islam hidup dan mempertahankan tradisi dan identiti Islam dalam kalangan masyarakat. Umat Islam berhak untuk mengekalkan kedudukan yang ada kerana mereka adalah penduduk asal negara ini.

Apa yang dilihat sebagai menyalahi prinsip sama rata itu adalah sebahagian daripada tolak ansur semasa rundingan kemerdekaan dahulu. Malah pihak yang mempertikaikan langkah mengawal murtad atau cuba berhujah bahawa murtad dibenarkan oleh perlembagaan jelas telah terkeliru atau cuba memutarbelitkan peruntukan-peruntukan yang berkenaan. Selain itu, peruntukan mengenai kebebasan beragama jelas dimasukkan kerana ia selaras dengan sejarah negara. Tafsiran-tafsiran ganjil yang cuba mempertahankan gejala murtad jelas mempunyai kesan yang boleh menganggu struktur dan kerangka perlembagaan, termasuk tafsiran Melayu di dalam perlembagaan.

Bagi orang yang murtad pula, beerti mereka telah turun ke martabat yang paling rendah. Manusia tidak layak berada dalam martabat ini kerana secara fitrahnya manusia dilahirkan itu beragama. Jika mereka berada dalam martabat ini, maka kehidupannya tidak perlu dilindungi kerana kehidupannya itu sama sekali tiada kebaikan dan tidak mempunyai tujuan yang mengarah kepada kebaikan.

Sesungguhnya Islam itu adalah jalan sempurna dalam kehidupan. Islam menjadi haluan yang mengatur semua perjalanan hidup manusia. Justeru itu, Islam perlu dijaga, dipegang erat dan ditegakkan. Setiap peraturan itu tidak akan dapat dikuatkuasakan jika tidak dijaga, dipegang erat dan ditegakkan oleh umat Islam sendiri. Renung-renungkan.

Sumber: Vot RMC- Universiti Teknologi Malaysia


 

Comments