Siapa yang tidak suka apabila ada pihak yang belanja makan bukan? Setiap daripada kita pasti akan merasa senang hati jika menerima bungkusan makanan yang lazat. Namun, adakah kita tahu bahawa tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima? Perbuatan memberi atau belanja orang makan adalah satu amal jariah yang terbaik kerana dengan memberi orang makan, kita secara tidak langsung mendapat kebaikan daripada doa orang yang menerima itu. Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa memberi makan seorang mukmin sehingga dia kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." (HR Thabrani).
Hadis di atas bermaksud bahawa akan ada satu pintu syurga yang khusus disediakan oleh Allah SWT untuk orang yang memberi atau belanja orang lain makan sehingga kenyang. Kerana hal itu, Rasulullah SAW sangat menganjurkan kepada umat Islam dalam memberikan makanan kepada orang yang lapar. Ini kerana suapan pertama makanan yang diberikan akan mendapat pahala dan diampunkan dosa si pemberi makanan.
Selain itu, malaikat turut mendoakan kita kerana memberi makanan kepada orang dan berkongsi rezeki sesama manusia. Malah, dalam beberapa hadis sahih turut menyebut setiap makanan yang kita beri akan disimpan disimpan di sisi Allah SWT sehingga menjadi sebesar gunung Uhud. Oleh itu, jangan lokek untuk memberi makan kepada orang terutamanya kepada golongan fakir miskin dan sabil. Ini kerana doa mereka lebih mustajab untuk kebaikan diri kita di dunia dan akhirat.
Sumber: Aplikasi TikTok / gengborak
(https://www.tiktok.com/@gengborak/video/7312423504366931201?lang=en)
Comments
Post a Comment