PENCABULAN EKSTREMIS ZIONIS TERHADAP AL-AQSA ADALAH KEANGKUHAN ISRAEL MENUNJUKKAN ‘KEKEBALAN’ TERHADAP MASYARAT ANTARABANGSA


Masjid al-Aqsa ialah masjid ketiga terpenting dalam Islam. Nama masjid ini dirakam dalam al-Quran ketika Allah SWT menceritakan peristiwa Israk Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke al-Quds. Al-Aqsa juga pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Kaabah. Masjid ini juga menjadi tumpuan nabi terdahulu sebagai destinasi hijrah dan dakwah mereka. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya Masjid al-Aqsa ini dalam kalangan umat Islam.

Namun, sejak pencerobohan zionis ke atas Palestin, Masjid al-Aqsa sering dijadikan serangan Yahudi. Setiap kali kumpulan Yahudi menceroboh kawasan tersebut pasti berlaku kekacauan antara orang Arab dengan Yahudi. Sebagaimana turut berlaku pencerobohan oleh ekstremis zionis pada 13 OGOS 2024 yang lalu menunjukkan bahawa pelanggaran serius terhadap salah satu tapak paling suci Islam. Pencabulan zionis berulang kali ini jelas memperlihatkan sikap tidak peduli yang berterusan terhadap tapak keagamaan yang suci dan dilihat sebagai sebahagian daripada percubaan terancang Israel untuk menjejaskan status undang-undang Baitulmaqdis dan al-Haram al-Sharif.

Tindakan kejam zionis ini perlu dikritik kerana bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan peradaban manusia. Percubaan zionis untuk mengubah status sejarah rakyat dan negara Palestin perlulah ditentang. Justeru itu, marilah bersolidariti dengan rakyat Palestin dan meneruskan sokongan yang jitu diiringi dengan doa agar keamanan dan kemenangan akan berpihak kepada Palestin suatu hari nanti. 

Sumber: Wisma Putra – 14 OGOS 2024 dan Fakulti Sains Kemanusiaan – Universiti Malaysia Pahang


 

Comments