Akhir zaman ini, banyak perkara sudah pun terjadi. Yang baik dipandang jahat dan yang jahat dipandang baik. Yang benar dikatakan dusta, begitu juga sebaliknya, yang dusta dikatakan benar. Zaman ini, manusia masih sibuk mengejar duniawi berbanding dengan menyeimbanginya dengan urusan ukhrawi. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya menjaga kedua – duanya agar selamat sejahtera.
Namun, apa perlu kita tahu sebagai umat Islam juga kita perlu menjaga diri dan keluarga daripada empat perkara ini. Apakah empat perkara tersebut? Ia adalah:
1) Melihat sikap bakhil itu menjadi ikutan. Maksudnya di sini, dalam hal – hal yang baik, golongan ini akan menjadi sebakhil – bakhilnya, sebagai contoh zakat mahupun sedekah. Namun dalam urusan yang mungkar, mereka akan jadi lebih pemurah.
2) Hawa nafsu yang menjadi ikutan. Mereka yang dalam golongan ini sudah tidak lagi mengedepankan rasionaliti. Tidak kira cara itu halal ataupun haram, janji mereka dapat memilikinya.
3) Mendahulukan dunia berbanding akhirat. Biasanya golongan mereka ini memandang kepada urusan keduniaan dengan serius dan mengambil mudah soal akhirat serta menangguhkannya.
4) Golongan yang merasakan dirinya lebih baik dan pendapatnya lebih tepat berbanding dengan pandangan orang lain. Apabila pandangan lain diutarakan, biasanya golongan ini akan membantai habis – habisan pandangan tersebut.
Oleh itu, hendaklah kita menjaga diri dan keluarga daripada empat perkara ini kerana selepas ini bahana yang lebih dasyat akan menghampiri. Dunia sudah semakin tenat dengan kerakusan manusia yang sudah hilang sifat empati dan kemanusiaan di dalam dirinya. Jangan kita pula turut terperdaya dengan “godaan” itu.
Doa meminta keselamatan di dunia dan akhirat:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami dari siksa neraka.”
Sumber: Aplikasi TikTok / cocombeee
(https://www.tiktok.com/@cocombeee/video/7406848652515265809?_r=1&_t=8pAOUU5OjbO)
Comments
Post a Comment