Fenomena pertukaran agama dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia sudah berada pada tahap membimbangkan. Kebimbangan ini berasaskan kepada jumlah permohonan dalam kalangan Melayu-Islam untuk menukar agama.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala pertukaran agama dalam masyarakat. Ia terbahagi kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman:
1. Kurang didikan agama dan kejahilan;
2. Percintaan, perkahwinan dan penceraian;
3. Ibu bapa tidak memainkan peranan;
4. Kesempitan ekonomi keluarga.
Faktor luaran:
1. Pengaruh persekitaran;
2. Pengaruh rakan sebaya;
3. Gerakan misionari agama dan proses pemodenan;
4. Kelonggaran undang-undang;birokrasi dalam pentadbiran agama;
5. Dakwah kurang berperanan;
6. Sistem pendidikan Islam;
7. Diskriminasi saudara baru.
Pada hari ini, pembangunan era globalisasi menyebabkan nilai-nilai Barat yang masuk tidak dapat dibendung dan kesannya terhakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian manusia, yang akhirnya mempengaruhi matlamat hidup hanya melihat kepada dunia semata-mata.
Persekitaran hidup yang dipengaruhi oleh falsafah sosial Barat, masyarakat akan terdorong mengetepikan soal halal dan haram, bahkan sanggup mengenepikan agama. Begitu juga dengan tanggapan yang menyatakan bahawa dengan memeluk Islam seseorang itu kembali ke zaman manusia kuno Badwi. Ini adalah satu tanggapan yang salah kerana selama ini Islam tidak pernah menjadi batu penghalang kemajuan dan tamadun.
Sumber: Jurnal Teknologi Social Sciences, Bil. 59
Comments
Post a Comment