YAHYA SINWAR DILANTIK SEBAGAI KETUA BIRO POLITIK H4M4$ I$R43L TELAH KEJUTKAN ‘SINGA YANG SEDANG TIDUR’
“Kalian telah memenggal kepala ‘Abu Bakar’ yang lemah lembut untuk digantikan dengan ‘Umar Al – Khattab’ yang bengis dan kasar!.” – Nadir Al Nuri (Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia).
Pelantikan Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik H4m4$ yang baru bagi menggantikan Almarhum Ismail Haniyeh yang syahid dibunuh oleh penduduk haram Isr43l di Tehran Iran dua minggu lalu boleh diibaratkan sebagai ‘mengejutkan singa yang sedang tidur’. Hal ini juga diungkapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, saudara Nadir Al – Nuri apabila mengibaratkan sosok Yahya Sinwar sebagai Umar Al – Khattab yang berpawatakan keras dan tegas.
Yahya Sinwar adalah sosok pejuang yang lahir pada 1963 di kem pelarian Khan Younis. Beliau terkenal dengan jolokan Abu Ibrahim. Ibu bapanya berasal dari Ashkelon, dan kemudian menjadi pelarian setelah diusir dalam peristiwa “Al – Nakba” pada tahun 1948. Beliau merupakan graduan daripada Universiti Islam Gaza dalam jurusan Bahasa Arab. Beliau ditangkap dan dipenjarakan oleh tentera zi0n!$ buat pertama kalinya pada usia 19 tahun di tahun 1982. Beliau kemudian ditangkap sekali lagi pada tahun 1985 dan kemudian kali terakhirnya ditangkap semula pada 1988 sebelum dibebaskan pada tahun 2011 setelah 23 tahun dipenjara.
Beliau juga lebih dikenali sebagai arkitek serangan paling dasyat kerana membentuk beberapa formasi serangan balas ke atas puak – puak zi0n!$. Nama Yahya Sinwar tidak terlepas menjadi buruan pihak zi0n!$ dan sentiasa menjadi target utama pihak Isr43l. Popularitinya melonjak naik pada Mei 2021 saat sayap bersenjata H4m4$, Brigade Al – Qassam meluncurkan pertempuran ‘Saif Al – Quds’ (Pedang Jerusalem) sebagai tindak balas kepada tentera Isr43l terhadap jemaah Masjid Al – Aqsa.
Keputusan H4m4$ melantik Yahya Sinwar bagi menggantikan Almarhum Ismail Haniyeh adalah sangat tepat, lebih agresif dan genius. Ini kerana H4m4$ sudah puas bertalik-tali dan berdiplomasi, keputusan-keputusan mendatang akan lebih keras dan tegas, hitam atau putih. Perang di Gaza adalah perang pembebasan dan bukan perang ke arah langkah pembebasan. Catur digerakkan untuk sampai ke tahap 'checkmate'. Oleh itu, pelantikan ini amat sesuai kerana Yahya adalah orang paling sesuai berdepan dengan Netanyahu, kerana mereka sama keras kepala dan susah bertolak – ansur.
Firman Allah SWT:
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.” (QS Al – Isra: 5).
#FreeP4l3st!n3
#G@z@
#AllEyesOnRafah
Sumber: Facebook Nadir Al - Nuri
Comments
Post a Comment