GOLONGAN ATEIS BUTA HATI TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN SEDANGKAN ‘CHATGPT’ TURUT MENGAKUI KEBENARAN ISLAM
Naluri fitrah semulajadi setiap manusia yang berakal adalah mempercayai kewujudan Tuhan iaitu yang dipuja atau disembah oleh golongan manusia beragama. Perjalanan sejarah yang panjang bermula dari zaman Nabi Adam yang sememangnya beriman dengan kewujudan Allah SWT sehinggalah umat zaman kini, telah menyebabkan sebahagian manusia semakin hilang pegangan, termasuklah dalam persoalan agama dan ketidakpercayaan kepada kewujudan Tuhan.
Oleh sebab itu, Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW bagi menunjukkan kebesaran-kebesaran Allah SWT kepada sekalian manusia sepanjang zaman. Segala persoalan terjawap dan dapat dibuktikan melalui isi kandungan al-Quran meskipun manusia tidak mendapat jawapan biarpun melalui kajian sains.
Terkini dengan kecanggihan teknologi, kewujudan ChatGPT telah membawa satu dimensi baru pada dunia dimana ia dilengkapi dengan kepintaran tertinggi dalam membantu memudahkan urusan manusia bagi segala hal. Tatkala seorang pempengaruh bertanya pada aplikasi tersebut, ‘adakah Tuhan itu wujud?’, lantas ia menjawab Tuhan itu wujud, ‘sekiranya anda sebagai manusia dan diberi pilihan sama ada untuk beragama atau ateis?’, ia menjawab beragama, sekiranya anda adalah manusia, apakah agama yang akan dianuti?’, ia menjawab agama Islam.
Hal ini menunjukkan, ‘Artificial Intelligence’ (AI) buatan Barat turut mengakui kewujudan Allah SWT sebagai penguasa alam dan Islam adalah agama yang benar. Justeru itu, dimanakah kecerdikan akal manusia yang menafikan kewujudan Tuhan sedangkan otak manusia diciptakan lebih kompleks dan terbaik daripada makhluk-makluk yang lain? Berasaskan wacana ini bolehlah dianggap golongan yang tidak mempercayai Tuhan ini adalah golongan yang buta hatinya kerana menafikan lumrah alam bahawa manusia itu adalah beragama dan fitrahnya wujud Tuhan yang menciptakan segalanya.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – 11 OGOS 2024 dan Jurnal Kajian Agama dan Multikulturalisme Indonesia
Comments
Post a Comment