JANGAN TERKELIRU DENGAN KEMIRIPAN AJARAN SYIAH DENGAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KERANA KESANNYA SESAT PADA AKIDAH



 


Syiah ialah golongan yang seakan-akan umat Islam tetapi mengamalkan ajaran dan amalan yang tidak diajar oleh Islam. Tidak dinafikan juga, ada amalan yang dilakukan oleh Syiah langsung tidak ada di dalam dua asas utama umat Islam, iaitu rukun Islam dan rukun Iman. Ajaran menyeleweng ini patut dielakkan dan dijauhkan oleh umat Islam untuk mengikutinya. 

Antara sebab fahaman Syiah ini perlu dielakkan kerana terdapat beberapa isu utama yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah:
i. Berlebih-lebihan dalam memuji dan memuja Ali bin Abi Talib;
ii. Menyambut dan meraikan hari kematian Hasan dan Hussein;
iii. Tempat suci Syiah adalah di Karbala;
iv. Sujud di atas batu ketika solat;
v. Memfitnah Aisyah melakukan zina;
vi. Membenarkan solat fardhu dan solat jumaat dijamakkan;
vii. Mempercayai menziarahi kubur Hessein sama seperti mengerjakan haji;dsb

Justeru itu, umat Islam seharusnya mengetahui bahawa ajaran Syiah sangatlah bahaya dan boleh membawa kepada penyelewengan akidah. Walaupun dilihat golongan Syiah menyembah Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW, namun pegangan akidah mereka dilabelkan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam. Oleh itu, janganlah mudah terkeliru dengan kemiripan tersebut, kerana garis halus yang membezakan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah membawa kesan yang besar pada akidah umat Islam. Berhati-hatilah.

Sumber: Journal of Islamic Creed


Comments