PEMUDA ISLAM PEMANGKIN MEMARTABATKAN SYARIAT ISLAM DARI DICEROBOHI MISIONARI KRISTIANISASI

 

Pada suatu masa dahulu, masyarakat Melayu-Islam mungkin boleh berbangga dengan suatu fakta yang diperakui oleh pihak gereja sendiri bahawa bangsa kita adalah satu-satunya bangsa di dunia ini yang paling sukar untuk dimurtadkan menjadi penganut Kristian. Namun, fakta itu kini sudah agak sukar lagi untuk dipertahankan setelah sekian abad menjadi suatu bangsa yang berpegang teguh dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Perkara ini adalah rentetan daripada pelbagai laporan yang kerap menyebut berlaku kes-kes pemurtadan yang melibatkan individu Melayu-Islam terutamanya kerana menganut agama Kristian. Kes-kes seperti ini juga diperakui kesahihannya sehinggakan suatu kajian telah dibuat oleh seorang paderi dari Sabah untuk mengenalpasti identiti sosio-keagamaan dan kehidupan orang-orang Kristian Melayu Malaysia. Cuma yang tidak disepakati ialah jumlah bilangan yang murtad sehingga kini.


Berdasarkan fakta tersebut, dapat disimpulkan bahawa kelonggaran pegangan terhadap syariat Islam oleh masyarakat Melayu-Islam kini telah membuka ruang dan peluang kepada misionari Kristianisasi untuk terus bergiat aktif memurtadkan anak-anak muda khususnya. Perlu disedari bahawa anak muda adalah ‘kunci’ kepada pembangunan dan pemangkin memartabatkan agama Islam pada masa hadapan. Sekiranya benarlah fakta terkini seperti yang disebutkan di atas dan tiadanya langkah-langkah pembendungan terhadap gejala ini, maka tidak hairanlah Islam semakin berani ditindas oleh misionari agama lain. Renung-renungkan.


Sumber: Kertas Kerja Konvensyen Ilmuan Islam

Comments