PERUBAHAN TREND BERAGAMA KEPADA ATEIS DI NEGARA-NEGARA ISLAM MEMBAWA MALAPETAKA DALAM FENOMENA SOSIAL
Trend kenaikan ideologi ateis ternyata banyak juga terjadi di negara-negara yang selama ini sangat ketat menerapkan syariat Islam. Contohnya di Iran, 47% daripada 40,000 responden mengaku telah beralih dari beragama menjadi ateis. Sementara di Turki, negara yang penduduk majoritinya muslim, ternayata yang mengaku menganut Islam telah turun dari 55% menjadi 51%. Penurunan ini bukan beralih ke agama lain, tetapi menjadi ateis.
Sementara di Mesir, 10.7 juta dari 87 juta penduduk Mesir mengaku menjadi ateis, mencapai 12.3% dari keseluruhan populasi. Hal yang sama turut terjadi di Arab Saudi, 224 ribu telah memilih untuk tidak beragama. Data-data ini menggambarkan adanya pertukaran perubahan atas perkembangan masyarakat beragama yang sedikit demi sedikit cenderung untuk tidak mempercayai kewujudan tuhan dan pegangan terhadap agama sebagaimana masyarakat Barat yang telah lama meninggalkan agama.
Ada yang mengaku kecewa beragama Islam kerana syariat yang dianggap kaku dan terlampau ketat. Ada pula berpandangan negatif terhadap agama kerana interpretasi masyarakat dunia terhadap Islam seperti agama keganasan, kegagalan para pemimpin atau tokoh agama dalam pemerintahan beserta kehidupan sosial yang terlibat dengan rasuah mahupun skandal buruk turut menjadi faktor ketidakpercayaan terhadap agama.
Oleh sebab itu, Islam mengajarkan cara beragama yang wajar iaitu bersikap sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Beragama dengan prinsip wasatiyah (tengahan) iaitu tidak ekstrem dan tidak kurang. Sebagaimana firman Allah dalam Surah ali-Imran, ayat 159, maksudnya:
“Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah -lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu..”
Sumber: Institut Agama Negeri Metro Indonesia
Comments
Post a Comment