SYIAH DALAM KHAYALAN MEMBENTUK DOGMA AGAMA YANG MENYESATKAN

 


Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas ‘nostalgia’ lampau. Muharam adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejaran. Isu pembunuhan Saidina Hussein yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu.

Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi sasaran ‘kemarahan warisan’. 

Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Ia hanya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah ‘politik kepartian’ lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi. Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan ‘parti’ dan menambah pengikut, maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.

Hal ini menunjukkan bahawa Syiah bukanlah sebahagian daripada Islam, tetapi mengada-adakan ajaran tersebut demi kepentingan politik. Kekeliruan akidah yang diberikan kepada umat Islam menyebabkan Syiah perlu dibendung dari terus melebarkan sayap khususnya di Malaysia. Dikhuatiri jika tidak diambil peduli, sudah tentu umat Islam yang tidak kukuh pegangan agamanya menjadi ‘mangsa’ terpesong pegangan dari ajaran berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perlis


Comments