Pada zaman kini, terdapat golongan Melayu yang telah murtad menganut agama Kristian tetapi merahsiakan anutan barunya. Mereka sanggup berpura-pura seolah-olah masih beragama Islam. Jika dilihat kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat yang cuba mengenal pasti identiti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Kristian, hasil kajian menunjukkan bahawa bilangan orang Melayu Kristian semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Namun, kebanyakan golongan ini mengambil langkah untuk merahsiakan kemurtadannya dan berpura-pura Islam. Mereka juga didapati tidak memakai atau memiliki sebarang tanda salib sama ada di dalam rumah atau di anggota badan. Mereka juga mengaku bahawa tidak melakukan sebarang upacara keagamaan Kristian di depan orang, sebaliknya masih menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid, berpuasa di bulan Ramadan, seolah-olah masih beragama Islam. Bahan bacaan seperti Bible atau kitab-kitab keagamaan juga tidak dipamerkan.
Kesemua ciri-ciri orang Melayu-Kristian ini bertujuan untuk merahsiakan kemurtadan mereka dari diketahui umum terutamanya kaum keluarga atau sahabat handai. Sekiranya berlaku kematian, maka pihak gereja akan membiarkan sahaja mayat tersebut diuruskan dengan cara Islam tanpa membuat sebarang tuntutan. Lebih menggemparkan apabila seorang bekas Melayu-Kristian yang telah bertaubat menyatakan bahawa bilangan Melayu-Kristian kini telah mencecah angka lebih puluhan ribu.
Justeru itu, diharapkan dengan pendedahan ringkas ini menjadi peringatan kepada kita semua sebagai umat Islam supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah jahat dan halus puak-puak evangelis Kristian yang tidak henti menyesatkan dan memurtadkan umat Islam.
Sumber: akarimor.wordpress.com
Comments
Post a Comment