Genap setahun hari ini, 7 OKTOBER, berlakunya Taufan al-Aqsa iaitu fasa baru dalam perjuangan Palestin mempertahankan tanah airnya dari serangan dahsyat Israel. Meskipun mereka telah dijajah hampir 7 dekad, namun rejim Zionis semakin mengganas melakukan tindakan genosid tanpa perikemanusiaan termasuklah mensasarkan kanak-kanak, wanita dan orang tua demi meluaskan jajahan takluk mereka.
Apakah yang menjadikan Palestin begitu istimewa? Baitulmaqdis yang terletak di Palestin adalah tempat penting bagi tiga agama samawi iaitu Yahudi dan Kristian, di mana orang melakukan ibadah ‘pilgrim’, dan bagi agama Islam pula, ia adalah kota ketiga paling suci selepas Mekah dan Madinah. Ia juga adalah tempat berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah SAW. Masjid al-Aqasa disebut sebagai ‘bumi yang kami berkati’ menunjukkan secara jelas kemuliaan Masjid al-Aqsa selain ramai para rasul lahir dan pernah berhijrah ke situ.
Justeru itu, sebagai umat Islam perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa. Antaranya adalah konsisten memboikot barangan keluaran Israel dan produk yang menyokong Israel. Tindakan tersebut sedikit sebanyak dapat memberi isyarat kecaman dunia dan menyedarkan mereka bahawa jenayah yang dilakukan itu akan turut memberi kesan kepada ekonomi mereka. Lihat sahaja kejatuhan merudum saham ‘Starbuck’ misalnya disebabkan umat Islam di seluruh dunia memboikot jenama tersebut. Hal ini membuktikan bahawa tatkala umat Islam bersatu, maka hancur binasalah Zionis dan konco-konconya.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Comments
Post a Comment