GOLONGAN ATEIS LAYAK DILUCUTKAN WARGANEGARA KERANA TIDAK BERTUHAN DAN MELANGGAR PERLEMBAGAAN


Fahaman yang menolak konsep ketuhanan atau ateisme adalah satu penyebaran yang mampu menganggu ketenteraman awam. Fahaman ini perlu dicegah kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan menganggu gugat keharmonian masyarakat mengamalkan agama masing-masing.

Apabila satu pemikiran untuk tidak memiliki tuhan itu disebarkan, hal ini secara langsung boleh menjejaskan pandangan orang Islam ataupun menjejaskan hubungan antara orang Islam atau orang yang beragama dengan mereka yang tidak menganut agama. Bahkan, golongan ateis yang berpegang kepada pemahaman ateisme ini telah melanggar sistem perundangan negara kerana undang-undang melarang sebarang penyebaran doktrin yang tidak berasas kepada prinsip-prinsip Islam. 

Perlu difahami bahawa Perlembagaan Negara juga hanya menjamin kebebasan beragama, dan tidak merangkum kebebasan untuk tidak beragama. Falsafah negara juga menegaskan bahawa warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan apa jua agama selagi tidak menyebarkan dakyah kepada umat Islam, segala pandangan juga akan dihormati tetapi tidak boleh melupakan tuhan. Komunisme menolak ketuhanan dan kesannya adalah ia akan mencemari prinsip rukun negara.

Oleh sebab itu, golongan ateis adalah layak untuk diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana menyangkal kesucian agama di Malaysia dan bercanggah dengan undang-undang berkaitan ketenteraman awam dan moral. Mereka juga layak untuk dilucutkan warganegara sekiranya tetap berdegil untuk tidak menghormati agama dan undang-undang Malaysia itu sendiri. 

Sumber: Pakar Rujuk Perlembagaan, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz


 

Comments