JANGAN JADIKAN DESAKAN HIDUP SEBAGAI RUANG MENERIMA DAKYAH AGAMA LAIN DEMI KEMEWAHAN HIDUP


Lipatan sejarah telah menunjukkan bahawa kemasukan British telah membuka ruang berlakunya pengaruh ideologi dan gaya hidup mereka dalam masyarakat tempatan. Kemasukan British sekaligus memberi ruang dan peluang kepada missionari Kristian melakukan proses Kristianisasi.

Mereka menggunakan pelbagai kaedah licik dan sukar dikesan. Selain menjadikan golongan miskin serta remaja sebagai sasaran utama, golongan missionari ini turut menjadikan golongan peniaga yang terdesak untuk menggunakan wang sebagai sasaran mereka. 

Contohnya, golongan peniaga yang gagal membayar hutang terutamanya dari pinjaman wang tidak berlesen (along) ditawarkan bantuan kewangan secara percuma, namun perlu menepati syarat-syarat yang dikenakan sehingga membabitkan hal akidah. Pihak yang cuba merosakkan akidah umat Islam ini disyaki mempunyai hubungan dengan along kerana mereka boleh mengesan peminjam yang gagal membayar hutang.   

Inilah perancangan halus yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk merosakkan akidah umat Islam. Pengaruh persekitaran yang serba kekurangan atas keterdesakan hidup telah menjadi titik kelemahan yang membuka ruang untuk meragui keimanan dan kebergantungan kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi diprovokasi oleh golongan missionari dengan tawaran yang lumayan telah menjadi titik tolak terpengaruh dengan dakyah missionari Kristian. Hakikatnya, sedarlah bahawa sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 19, maksudnya:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”

Sumber: Jurnal Teknologi (Social Sciences), No. 59 – Universiti Teknologi Malaysia


 

Comments