Ketamadunan manusia pada hari ini memperlihatkan sudah mampu mencapai perkara yang mustahil. Kecanggihan ‘Artifical Intelligence’ (AI) menyerupai manusia, kemampuan manusia menjejakkan kaki ke bulan dan sebagainya, namun semua itu gagal menghentikan penindasan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin. Hak haiwan yang ditindas turut diperjuangkan, tetapi tatkala satu bangsa dihina, diseksa, ditindas dan dibunuh dengan kejam tidak pula diperjuangkan.
Disebalik protes dan demonstrasi yang berlaku di seluruh dunia, ia nyata tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk menghentikan kekejaman Israel. Walau bagaimanapun, semua pihak tidak boleh meletakkan harapan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman itu, tetapi sekurang-kurangnya negara-negara yang bertamadun perlu membuat sesuatu kerana mereka boleh membawa perubahan.
Apa yang berlaku di Gaza bukanlah satu peperangan, sebaliknya satu pembunuhan beramai-ramai. Terang lagi bersuluh ianya telah melanggar segala nilai kemanusiaan. Justeru itu, apakah peranan manusia yang menganggap bangsanya sebagai sebuah bangsa bertamadun? Jika hanya berdiam diri tidak berani untuk berbuat apa-apa, maka mereka tidak layak dan tidak mempunyai hak untuk mengaku sebagai bangsa bertamadun, sebaliknya menjadi orang gasar yang hanya ‘membutakan mata memekakkan telinga’. Renung-renungkan.
Sumber: astroawani.com
Comments
Post a Comment