JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAKTIK LICIK MISIONARI KRISTIAN MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM


Dakyah halus agenda misionari Kristianisasi ke atas umat Islam seluruh dunia bukan suatu yang disorok. Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh gerakan Kristian dengan ada yang jelas dizahirkan secara terbuka dan banyak lagi yang dilakukan secara halus dan tersembunyi.

Salah satu strategi yang diuar-uarkan adalah ‘Jendela 10/40’ yang merujuk kepada negara-negara yang terletak di antara garis lintang 10 darjah hingga 40 darjah ke utara garisan khatulistiwa. Hampir kesemua negara-negara ini majoriti penduduknya beragama Islam atau mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang besar seperti India dan China.

Walaupun gerakan Kristianisasi ini diketahui umum, namun terdapat terlalu banyak strategi tersirat yang pada mata kasar nampak seperti neutral dan murni. Contohnya, berselindung di belakang misi kemanusiaan seperti di Afghanistan dan Iraq. Mereka juga melakukan sedemikian di kawasan-kawasan yang dilanda malapetaka seperti bencana-bencana fenomena alam, melakukan pelbagai usaha ‘kebajikan’ membantu masyarakat tetapi mempunyai motif bagi mendekati mereka yang hendak didakyahkan.

Justeru itu, umat Islam berhati-hatilah dengan taktik halus golongan misionari Kristianisasi ini. Sebolehnya mereka akan mengambil peluang dan kesempatan sekiranya kita berada dalam keadaan terdesak, keadaan lemah iman, keadaan lalai dan seumpama dengannya demi memesongkan akidah umat Islam. Berpegang teguhlah pada ajaran Islam sebenar sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana itulah ajaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Konvensyen Ilmuan Islam, Perak


 

Comments