JENIS-JENIS LIBERALISME YANG CUBA MERACUNI PEMIKIRAN UMAT ISLAM


Liberalisme adalah fahaman yang memperjuangkan kebebasan dan hak sama rata. Namun, lama kelamaan ia semakin bercambah-cambah. Ringkasnya, ia bercambah menjadi empat jenis;
1. Liberalisme Politik, iaitu ketuanan individu itu menjadi asas undang-undang dan masyarakat. Contohnya meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Bahkan undang-undang yang disusun mestilah dipersetujui oleh majoriti masyarakat;

2. Liberalisme Budaya, iaitu menekankan hak-hak peribadi dalam menjalani kehidupan. Contohnya kebebasan seksual, kebebasan beragama dan melarang campur tangan sesiapa termasuk kerajaan dalam kehidupan seseorang;

3. Liberalisme Sosial, iaitu satu aliran liberalisme yang terpengaruh dengan utilitarianisme. Kemunculan aliran ini merujuk kepada liberalisme moden yang berteraskan kepada ‘positive liberty’ iaitu bebas melakukan apa sahaja dan bebas daripada apa sahaja;

4. Liberalisme ekonomi, iaitu satu aliran yang berteraskan kepada liberalisme klasik. Hal ini telah menyebabkan wujudnya perbezaan yang ketara antara orang kaya dan miskin seperti mana konsep kapitalisme. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah memutuskan gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman yang didapati menyeleweng daripada aspek akidah dan syariah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, hindarilah fahaman liberal dalam apa jua keadaan, sekalipun ia menjenamakan kumpulannya atas nama agama seperti Islam liberal kerana golongan inilah yang cuba mempersoalkan metodologi pentafsiran al-Quran dan hadis, meletakkan peranan akal bukan pada tempatnya serta ingin menilai semula konsep hukum-hakam yang telah disepakati para ulama.

Sumber: al-Bayan – SS Dr. Zulkifli al-Bakri dan Harakah Daily


 

Comments