KEMUNCULAN SEMULA KUMPULAN AJARAN SESAT AHMADI!!! RESIDIVISME BUKTI UMAT ISLAM KEMBALI SESAT KERANA TIDAK MENYERAHKAN DIRI SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT


Sesungguhnya kemunculan agama atau ajaran sesat ini bukan sesuatu fenomena yang baru. Malah, ada kumpulan yang sudah dibanteras turut muncul kembali (residivisme) untuk menyesatkan umat Islam. Sebagai contoh, ajaran Ahmadi yang diketuai oleh seorang individu yang mengaku dirinya adalah Imam Mahdi. Kumpulan ajaran sesat ini telah menyepi seketika selepas pembendungan dibuat atas kerjasama pihak berkuasa dan masyarakat, kini mereka kembali lebih aktif di media sosial untuk menarik lebih ramai pengikut tidak kira agama kerana ajaran mereka merangkumi semua agama. 

Antara ideologi sesat yang diyakini oleh pengikut kumpulan Ahmadi adalah:
i. Menganggap Kaabah berada di Jordan;
ii. Menyatakan Ramadan akan disambut pada bulan Disember;
iii. Meyakini al-Quran kini bukanlah yang asli;
iv. Solat dan pemakaian tudung tidak wajib;
v. Arak halal diminum;
vi. Mempercayai utusan Tuhan terdiri dari pelbagai manusia yang hebat dan daripada pelbagai agama.

Ajaran Ahmadi yang mencampurkan semua agama ini jelas terdapat banyak penyimpangan akidah yang boleh membawa kekufuran dan kesesatan. Pengikut ajaran ini juga dikatakan merujuk buku yang dihasilkan oleh ketuanya yang bertajuk ‘The Goal of The Wise, The Gospel of The Riser of The Family of Muhammad’, dimana kandungannya meliputi terjemahan berkaitan Imam Mahdi daripada al-Quran, kitab Bible dan fahaman Syiah. Sememangnya ada pengaruh ajaran Syiah kerana mereka turut mencaci maki para Sahabat Nabi SAW. Semua perkara ini menunjukkan penyelewengan yang nyata.     

Justeru itu, umat Islam perkuatkanlah dakwah Islamiyah terutamanya di media sosial. Jika mereka menggunakan media sosial untuk merekrut ahli, kita menggunakan ‘senjata’ yang sama untuk membendung ajaran sesat tersebut dan mempertahankan akidah sesama umat. Budaya cintakan ilmu mesti ditanam dalam kalangan umat Islam. Apabila Islam difahami, maka kita akan faham bahawa mudahnya agama Islam untuk diamalkan. Islam menjadi mudah jika dalaman diri seseorang individu mempunyai rasa penyerahan diri kepada Allah SWT. 

Sumber: Prof Dtuk Dr Asmadi Mohamed Naim


 

Comments