TANDA – TANDA JIWA KITA SEDANG “HEALING” DENGAN CARA YANG DITUNTUT AGAMA ISLAM

 


Ramai di antara kita yang mulai untuk berdamai dengan cara tersendiri, dalam erti kata lain “healing”. “Healing” adalah salah satu kaedah untuk setiap manusia mendamaikan minda dan hati mereka setelah menghadapi pelbagai masalah. Namun, adakah kita mengetahui terdapat cara untuk berdamai ataupun “healing” dengan cara yang dituntut dalam Islam?

Antara tanda – tanda jiwa kita sedang “healing” dengan cara yang dituntut dalam agama Islam:

1) Menjadikan solat sebagai ruang rehat kita di dunia, bukan sebagai satu beban. Hal ini kerana solat bukan sekadar kewajipan tetapi ia adalah satu ruang untuk kita berehat dan berhubung dengan Allah SWT.

2) Mengingati Allah SWT. Dengan hati kita mengingati Allah SWT, ia akan menjadi tenteram dan juga tenang seperti mana Allah SWT menyebut di dalam Al – Quran:


“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Al – Ra’d: 28).

3) Merasa gembira dan teruja apabila melakukan kebaikan serta menjauhi perkara – perkara yang haram.

4) Hati merasa ringan untuk memaafkan. Bukan sekadar memaafkan orang lain tetapi memaafkan dan berdamai dengan takdir kita sendiri. 


Alangkah bertuahnya kita sekiranya kita merasai keempat – empat tanda ini. Itulah tanda jiwa kita sangat dekat kepada Allah SWT. Jiwa kita sedang perlahan – lahan untuk sembuh. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada jiwa kita dan kita memperolehi “healing” (kesembuhan) yang sebenar daripadanya. 

Sumber: TikTok ustazlahofficial 
(https://www.tiktok.com/@ustazlahofficial/video/7425610652690976008?_r=1&_t=8qY6A1hRP1j)


Comments