Kemelut golongan Syiah mula menyebarkan fitnah supaya masyarakat membenci para Sahabat Nabi Muhammad SAW bermula sejak penghujung pemerintahan Uthman bin Affan. Uthman dituduh menyalahgunakan kuasa menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba.
Yahudi tersebut telah mencanang kempen menjatuhkan Uthman, mencampuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi SAW dalam kepimpinan politik. Ianya telah menyebabkan rakyat terpinga-pinga, lantaran itu Khalifah Uthman telah menulis surat kepada rakyatnya:
“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy an al-Mungkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)” – At Tabari, Tarikh at Tabari 4/342.
Apabila surat ini dibaca di setiap negeri, maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan”. Namun, oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi SAW hampir keseluruhannya tidak terpengaruh dengan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehinggakan para pemberontak datang ke Madinah untuk berdialog dengan Saidina Uthman. Antaranya Uthman berkata:
“Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi Khalifah, aku adalah orang Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji. Mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah: - At Tabari, Tarikh at Tabari 4/348.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perlis
Comments
Post a Comment