KESAN BURUK LIBERALISME DALAM ISLAM MEMBERI ANCAMAN SERIUS PADA AKIDAH UMAT ISLAM


Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri secara tegasnya telah mewartakan bahaya fahaman liberalisme kerana ianya bertentangan dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Antara kandungan fatwa yang diwartakan adalah gesaan terhadap mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme hendaklah segera bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Hal ini menunjukkan bahawa betapa seriusnya bahaya ancaman liberalisme terhadap akidah umat Islam. Antara kesan buruknya adalah seperti berikut:
1. Menghalalkan yang haram;
2. Normalisasi hukum murtad;
3. Usaha dakwah bakal sia-sia; dan
4. Meremehkan ijtihad ulama silam.

Hal ini menunjukkan bahawa bahaya liberalisme tidak boleh dipandang ringan. Tambahan lagi di zaman media sosial, anasir-anasir pemikiran songsang sangat mudah menerobos masuk dalam minda umat Islam.

Satu-satunya benteng kukuh bagi mendepani cabaran ini adalah pertahanan ilmu yang diperkuatkan dengan benteng akidah. Justeru itu, umat Islam wajib mendalami ilmu-ilmu berkaitan asas-asas agama ditambah dengan ilmu yang memperkenalkan syubhah-syubhah (keraguan) musuh Islam. Maka, dengan kelengkapan ilmu ini, masyarakat Islam tidak akan mudah dimomokkan dengan ideologi-ideologi sesat yang boleh menghakis keimanan dan merosakkan akidah.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor


 

Comments