MEMALUKAN !! GAGASAN PEMIKIRAN MENOLAK AGAMA MERAGUI KEPERCAYAAN SENDIRI TERHADAP KEWUJUDAN TUHAN

 


Gagasan pemikiran yang menolak agama diperkenalkan oleh Rocco Caporale dan Antonio Grumelli. Menurut mereka pemikiran tidak beragama merujuk kepada satu istilah ketiadaan pegangan agama dalam konteks mengamalkan cara hidup bebas berpaksikan hak asasi manusia. Gagasan pemikiran ini bukan sahaja menolak agama sebagai tempat rujukan manusia, malah percaya tentang hak asasi manusia yang sepatutnya melakarkan kehidupan mereka sekarang dan akan datang tanpa perlu campur tangan daripada agama dan undang-undang syariat.

Meskipun mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan, walau bagaimanapun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menolak kewujudan Tuhan. Seolah-olah kepercayaan mereka berada di antara iman dan ateis akibat keraguan yang timbul di dalam diri. 

Dalam konteks Malaysia, pemikiran tidak beragama telah banyak dikaji oleh sarjana dan diperdebatkan dalam kalangan aktivis Islam, namun istilah pemikiran tidak beragama jarang diketengahkan dalam kajian sebelum ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemikiran ini muncul impak daripada pasca modenisasi dan globalisasi yang dibawa oleh Barat dalam dunia Islam melalui penjajahan, pendidikan dan media yang disalurkan melalui serangan pemikiran. Oleh sebab itu, serangan pemikiran Barat kepada dunia Islam telah menular dan dianggap telah berjaya menguasai pemikiran masyarakat Islam khususnya golongan belia.

Hasilnya, terwujudlah masyarakat Melayu-Islam yang memilih untuk tidak beragama kononnya Islam membataskan kehidupan mereka. Meskipun bilangan golongan ateis ini masih dalam kelompok yang kecil, namun perlunya satu usaha bersepadu antara semua pihak berwajib untuk membanteras ancaman ini bagi memelihara akidah umat Islam di Malaysia.

Sumber: Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Vol.11(1) – Universiti Islam Selangor


Comments