Umat Islam seharusnya mengetahui bahawa ajaran Syiah sangatlah bahaya dan boleh membawa kepada penyelewengan akidah. Walaupun kita melihat pengikut Syiah menyembah Allah SWT dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya banyak lagi ideologi lain yang mereka pegang dilabelkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam. Antara kesan buruk dan bahaya jika terpengaruh dengan ajaran Syiah adalah:
1. Mensyirikkan Allah
Ajaran Syiah mengajar pengikutnya untuk mengagungkan imam-imam mereka, bahkan ada sesetengahnya menyembah imam-imam mereka sebagaimana menyembah Allah SWT untuk mendapat keberkatan, syafaat dan menghapuskan dosa.
2. Berdusta ke atas Rasulullah SAW
Mereka telah mereka-reka hadis dengan nama Nabi Muhammad SAW bagi menghalalkan perbuatan atau amalannya bagi memanipulasikan pengikutya.
3. Memfitnah Sahabat Rasulullah SAW dan isteri Baginda (Aisyah)
Memfitnah para Sahabat Nabi SAW atas rasa dengki dan benci, hanya mengagungkan Saidina Ali a.s. Memfitnah Aisyah r.a sebagai seorang penzina.
4. Ajaran menyeleweng
Solat di atas batu Karbala, tidak perlu melakukan haji jika melawat kubur Saidina Hussein di Karbala, membenarkan nikah mutaah, menikam dan mencederakan diri, tidak perlu bersolat dan sebagainya.
Ideologi yang dibawa dan dipegang oleh golongan Syiah sama sekali bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW, bahkan menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, janganlah termakan dengan tipu daya golongan Syiah yang mengasamilasikan atau mendakwa diri mereka sebagai umat Islam, akhirnya menyesatkan akidah umat Islam yang lain.
Sumber: Theology & Philosophy –Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments
Post a Comment