RADIKALISASI MELALUI ‘GAMING’ RISIKO TINGGI BAGI BELIA TERJEBAK IDEOLOGI EKSTREMISME

 


Salah satu punca masalah radikalisme dalam kalangan belia hari ini adalah pengaruh media sosial. Statistik menunjukkan bahawa waktu belia menggunakan media sosial sekurang-kurangnya empat jam setengah hari. 

‘Gaming’ dalam talian merupakan sebuah wadah yang digunakan kelompok radikal untuk mencari sasaran mereka. Hal ini kerana wadah ‘gaming’ membolehkan mereka berbual tanpa menggunakan nama. Mereka tidak perlu memberi nama kepada orang yang mereka berhubung. Psikologi belia ialah mereka mempunyai emosi dan suka mengambil risiko. Pada ketika inilah kelompok ekstremisme mengambil kesempatan mendoktrinkan ideologi radikal dengan mudah. Apabila emosi radikal sudah diterapkan dalam diri belia, maka ia menjadi cabaran besar untuk meneutralkan kembali fahaman mereka. 

Perlu difahami bahawa ketika proses de-radikalisasi atau pemulihan, proses mendapatkan kepercayaan mereka memakan masa yang lama kerana fahaman radikal sering disembunyikan disebalik isu-isu emosi yang mendalam. Oleh sebab itu, dengan keadaan geopolitik yang sangat tegang, para belia perlu mendapatkan maklumat yang tepat dengan orang dewasa sekeliling mereka selain mendapatkan pengajian agama yang benar dari para guru yang bertauliah.

Radikalisasi boleh berlaku tanpa mengira latar belakang atau status sosioekonomi. Ia penting bagi ibu bapa, guru, pemimpin agama dan ahli masyarakat bersatu dalam melindungi para belia yang terdedah. Ibu bapa khususnya memainkan peranan penting dalam membentuk nilai anak-anak dan pandangan dunia mereka. Justeru itu, para belia mestilah memperkasakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengenali tanda amaran awal radikalisasi, memupuk komunikasi terbuka dan pemikiran kritis serta menggalakkan nilai inklusif dan saling menghormati.

Sumber: Berita Harian


Comments