Individu boleh menjadi radikal atau bertindak ganas tidak kira usia, jantina, mahupun kumpulan etnik, agama atau sosio-ekonomi. Masa merupakan faktor penting apabila seseorang menunjukkan tanda-tanda radikalisasi. Lazimnya, anggota keluarga, rakan dan teman sekerja berada di kedudukan yang terbaik untuk mengesan tanda-tanda radikalisasi.
Individu yang radikal atau telah terpengaruh dengan doktrin ideologi pengganas sering menunjukkan beberapa kelakuan dan tanda-tanda yang ketara. Antaranya ialah:
1. Memaparkan lambang atau simbol bagi menyatakan sokongan kepada kumpulan ekstremis atau pengganas;
2. Kerap melayari laman web yang mengandungi propaganda pengganas dan video pendakwah radikal asing;
3. Memuat naik atau berkongsi pandangan ekstremis di media sosial, rakan-rakan dan saudara mara;
4. Memberikan sokongan dan pujian terhadap kumpulan pengganas atau menggambarkan pelaku sebagai ‘wira’; dan
5. Meluahkan hasrat dan menghasut orang lain untuk mengambil bahagian dalam tindakan keganasan di dalam atau di luar negara.
Justeru itu, sekiranya ada individu di sekeliling kita mempunyai ciri-ciri radikalisasi, maka buatlah pelaporan awal kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Apabila laporan dibuat, pihak berwajib akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan ketepatan maklumat yang diberi. Jangan khuatir untuk melaporkan kerana identiti pemberi maklumat pasti akan dilindungi. Sedarlah bahawa tindakan pantas pelapor boleh menyelamatkan nyawa dan keselamatan negara.
Sumber: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
Comments
Post a Comment