BERHATI-HATILAH DENGAN PENYELEWENGAN AKIDAH SYIAH YANG BERTAQIYYAH (BERPURA-PURA) MEMANIPULASIKAN UMAT ISLAM MALAYSIA BERFAHAMAN SUNNI

 


Di Malaysia, aliran yang diguna pakai adalah aliran Sunni iaitu berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, ajaran Syiah kini semakin berkembang dan mempunyai ramai pengikutnya di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila ajaran Syiah ini didokongi oleh golongan profesional dan berpengaruh yang mana mereka dilihat cuba membela Syiah di Malaysia.

Kesannya masyarakat yang kekurangan ilmu pengetahuan dilihat mudah terkeliru. Keselamatan negara juga terancam dengan risiko berlakunya persengketaan antara fahaman. Beberapa strategi dirangka telah dirancang oleh kumpulan Syiah di Malaysia iaitu dengan masuk ke dalam gerakan agama serta pertubuhan dengan niat menguasai pucuk pimpinan. Iklim Malaysia yang bersifat terbuka memberi ruang kepada kehadiran warga asing (atas nama agama) secara beramai-ramai dan membentuk satu gerakan dalam diam serta mengamalkan sikap berbaik-baik dengan Sunni melalui amalan taqiyyah (berpura-pura).

Golongan Syiah juga berselindung di sebalik gerakan liberal dengan menyelar kerajaan yang dikatakan menyekat kebebasan beragama dan menyeru mengamalkan budaya Barat. Mereka turut menyertai parti politik umat Islam sekaligus mengajak pengikut mereka untuk mendekati ajaran Syiah secara tidak langsung. Dalam usaha tersebut, mereka cuba mendekatkan diri dengan ahli politik dan kenamaan sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan selain menjalankan perniagaan bagi mendapatkan dana kewangan dalam menggerakkan dakyah mereka.

Secara ringkasnya, gerakan Syiah di Malaysia sememangnya menjadi barah dan semakin sukar untuk dibendung biarpun terdapat fatwa pengharaman kumpulan Syiah telah dikuatkuasakan semenjak dahulu. Justeru itu, semuanya bergantung kepada keimanan diri sendiri untuk menepis segala anasir-anasir yang boleh memesongkan akidah dan menyesatkan dari ajaran Islam sebenar.

Sumber: Sastera Pengajian Islam- Universiti Utara Malaysia


Comments