ILMUWAN YAHUDI MEMUJI EMPAYAR ISLAM, MENEMPELAK GOLONGAN ATEIS


Seorang ilmuwan Yahudi telah memuji empayar Islam dan para ilmuwan Islam dalam bukunya ‘The Devil’s Delusion’ atas sumbangan dalam bidang sains yang unik kerana bermotifkan agama. Pada masa yang sama memberikan kritikan yang keras terhadap golongan ateis Amerika yang mengeksploitasi sains dan memonopoli hak milik terhadap bidang ilmu tersebut.

Tambahan lagi beliau memberi contoh kekaguman beliau terhadap pembinaan balai cerap semasa empayar Islam kerana balai-balai cerapan ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang Muslim yang beriman menjadualkan ibadat mereka dengan teliti. Selain itu, sebelum penciptaan jadual astronomi yang kompleks, cendiakawan Islam telah mewujudkan kalendar Islam berpandukan bulan, menggunakan jam air atau jam pasir untuk menentukan waktu solat lima waktu, menentukan arah kiblat dan sebagainya. Tuntasnya, di dalam Islam ianya telah wujud pelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur-prosedur sainstifik yang tidak ada di dalam agama lain.

Justeru itu, tidak hairanlah cendiakawan Islam menganggap sifat ingin tahu sainstifik mereka sebagai wadah untuk mereka meningkatkan sifat ketaqwaan mereka. Inilah yang seharusnya dijadikan contoh oleh umat Islam. Apabila hati terbuka untuk mencari kebenaran dengan ikhlas, sudah tentu ilmu yang didapati akan menambahkan rasa kekaguman terhadap Kebesaran Allah SWT dan rasa syukur dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang tidak ternilai. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 44 yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir”.

Sumber: fakirilmu.com


 

Comments