Islamofobia adalah bentuk ketakutan yang dialami seeorang mahupun kelompok sosial terhadap agama dan umat Islamyang bersumber dari pandangan tertutup tentang Islam serta disertai prasangka bahawa Islam sebagai agama yang ‘inferior’ iaitu tidak layak untuk berpengaruh terhadap nilai-nilai yang telah ada dalam masyarakat.
Islam juga difitnah sebagai pengganti kekuatan Nazi mahupun Komunis yang mengandungi gambaran tentang invasi (serangan bersenjata) dan infiltrasi (penyusupan secara diam-diam ke dalam kawasan bukan pemilikan sendiri). Hal ini mengacu kepada ketakutan dan kebencian terhadap Islam dan berlanjutan pada ketakutan serta rasa tidak suka kepada sebahagian besar umat Islam. Kini, rasa tidak suka tersebut makin ditunjukkan, lebih ekstrim dan lebih berbahaya.
Sebagai contoh, seorang anak muda berbangsa Cina di Singapura telah menggunakan platform media sosial dengan mencipta akaun palsu dan menggunakan identiti rakan yang dibencinya yang beragama Islam untuk menyebarkan kandungan anti-Islam. Akaun tersebut yang telah mengumpul seramai 600 orang pengikut menggambarkan bahawa perkara ini telah dirancang rapi dan pemikiran yang teguh terhadap anti-Islam telah didoktrin dalam dirinya. Pengakuannya yang berasa sangat seronok untuk menyiarkan kandungan anti-Islamseperti menghina Islam, mencaci Nabi Muhammad SAW dan seumpama dengannya adalah bukti tindakan tersebut berbaur hasutan dan bersifat Islamofobia yang wajar dikenakan tindakan undang-undang.
Hakikatnya Islam membawa maksud sejahtera atau selamat, malah Islam amat menggalakkan manusia saling mengenali, beramah mesra dan mewujudkan suasana kasih sayang walau berbeza agama, budaya, bangsa dan keturunan. Data Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat menunjukkan majoriti serangan pengganas iaitu 42 peratus didominasi golongan Latino, diikuti ekstremis berhaluan kiri Yahudi 24 peratus, ekstremis Muslim enam peratus dan lain-lain 16 peratus.
Ini membuktikan bahawa persepsi mengatakan Islam mempromosi keganasan dan sinonim dengan jenayah awam adalah tidak benar serta sangat berlawanan dengan fakta dan juga realiti. Wujud perasaan kalah dan tidak mengetahui bagaimana cara untuk menang menyebabkan golongan anti-Islam membenci dan takut dengan Islam. Renung-renungkan.
Sumber: Unit Penyeledikan al-Haq Centre Malaysia –DIS 2024, Berita Harian- 23 DIS 2024 dan Buletin Psikologi, Vol. XII(2)
Comments
Post a Comment