PERTAHAN PERADABAN ISLAM WALAU LIBERALISME SEMAKIN MENDUNIA

 


Konsep Islam liberal tidak banyak berbeza dengan maksud Islam liberal yang dianjurkan Barat. Sebagaimana Leonard Binder dan Charles Kurzman yang sependapat mengatakan bahawa kumpulan anti liberal yang berasaskan rasional dan kebebasan individu adalah kumpulan yang berfikir secara skriptural atau tekstual terhadap teks-teks agama tanpa mengambil kira perkara-perkara berkaitan dengan teks. Binder menggelar kumpulan anti liberal sebagai ‘Islam tradisional’ atau ‘Islam fundemantalis’, manakala Kurzman pula menyebutnya sebagai ‘Islam revivalis’ atau ‘Islamis’ atau ‘Wahabi’. 

Sedangkan dalam Islam, indikator rasional dan kebebasan individu adalah bertentangan sama sekali dengan prinsip dan ajaran Islam. Usaha golongan liberal ini untuk bertindak ‘bebas’ iaitu tanpa kawalan mana-mana pihak dalam semua perkara termasuk hak beragama dan hak berakidah adalah cubaan mereka untuk mengelirukan umat Islam dan membawa rakyat negara ini kepada krisis kemanusiaan yang dialami disembunyikan oleh masyarakat Barat pada ketika ini. 

Dari sudut Islam, semua perspektif sama ada akidah, syariah dan akhlak mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri, adab dan peraturan yang ketat tetapi mudah disesuaikan dengan keadaan walau tidak semudah yang difikirkan manusia.

Kesimpulannya, walau dalam bentuk apa pun wacana ini diketengahkan sama ada liberal atau anti liberal, tradisi atau kemodenan, kesemuanya merujuk kepada satu inti perbahasan iaitu bagaimana kita umat Islam berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan tradisi kita sebagai umat Islam dalam mendepani arus pemikiran yang datang bersama-sama dengan peradaban Barat? Tepuk dada tanya iman.

Sumber:  Jurnal Islamiyyat, Vol.41(2) – Universiti Kebangsaan Malaysia


Comments